Thursday 30 July 2015

MUDAH, IDEAL DAN SELAMAT

HOMESTAY MAK NJANG, SUNGAI BAKAP sangat mudah dikunjungi. Dengan jarak kira-kira 100m sahaja dari Jalan Besar Sungai Bakap, ia menjadi lokasi penginapan PILIHAN tetamu yang mementingkan MASA & JARAK untuk ke PELBAGAI DESTINASI di PULAU PINANG dan sekitarnya.


Pandangan SIMPANG ke HOMESTAY dari Jalan Besar ke susur Jln Kg Gurun / Jln Haji Shafiee

Kerana kedudukannya yang strategik diantara perjalanan Utara & Selatan, HOMESTAY MAK NJANG menjadi TRANSIT PILIHAN untuk merehatkan badan dan mengembalikan kesegaran sebelum meneruskan perjalanan jauh.


Homestay kami juga sesuai untuk tetamu yang datang secara ROMBONGAN untuk berehat dan menyiapkan diri sebelum menghadiri MAJLIS PERTUNANGAN ataupun PERKAHWINAN.



JALAN MASUK - HOMESTAY Mak Njang mudah dilihat dari jalan utama 

Tiada masalah meletak kenderaan bagi pelanggan yang datang secara berkumpulan (ramai keluarga), kerana Homestay Mak Njang boleh memuatkan sehingga 5 buah kenderaan dalam kawasan berpagar pada satu-satu masa. Pelanggan dapat tidur nyenyak tanpa kerisauan tentang keselamatan harta dan kenderaan mereka.


Ruang PARKING EKSTRA boleh memuatkan sehingga 5 buah kereta.


Kawasan rumah BERPAGAR

Bahagian belakang rumah dengan kemudahan JEMURAN