Sunday 14 June 2020

ASSALAMUALAIKUM

Salam Sejahtera dan Selamat Datang kepada semua pengunjung. 

ANDA bakal pelanggan adalah TETAMU yang sangat kami hargai. Pelbagai info berguna boleh diperolehi disini, di Mak Njang Homestay yang pastinya menepati keperluan dan kehendak anda, bakal tetamu kami.







MAK NJANG HOMESTAY SUNGAI BAKAP, menberi jaminan penginapan yang SELESA LAGI MESRA untuk semua urusan PERNIAGAAN, SOSIAL dan PERCUTIAN anda dan keluarga. Dengan AKSES yang mudah dari Jalan Besar Sungai Bakap menjadikannya lokasi dan TRANSIT yang mudah untuk dikunjungi.

Mak Njang Homestay menawarkan pakej penginapan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti :
  • Ruang meletak kereta yang luas 
  • 3 bilik tidur dengan katil Queen size yang selesa 
  • Setiap bilik dilengkapi dengan aircond dan kipas 
  • 2 bilik air dengan satunya berada di bilik utama 
  • Dapur yang lengkap untuk keperluan memasak, kabinet serta set meja makan 
  • Pelbagai peralatan elektrik seperti peti sejuk, cerek, mesin basuh, periuk nasi dan seterika
  • Ruang tamu dengan set kerusi & TV 

# Pada kadar sewa harian TETAP Sepanjang tahunRM250.00
  (... sila berbincang dengan kami untuk potongan harga bagi penginapan 3 hari keatas atau penggunaan bilik kurang dari yang disediakan).

# DEPOSIT Keselamatan dan Tempahan RM100.00 (dikecualikan)

# Kami sering menerima pertanyaan dan memohon ribuan kemaafan kepada rakan Non-Muslim, kerana MakNjang Homestay hanya untuk BUMIPUTERA MUSLIM sahaja

Sila hubungi untuk tempahan dan maklumat lanjut :

www.wasap.my/+60193912240


Wednesday 27 June 2018

MakNjang Homestay berwajah baharu (2018)

Berkat sokongan dan malum balas positif, pengurusan MakNjang Homestay telah berbesar hati melakukan penambahbaikan pada kemudahannya untuk keselesaaan berganda kepada para tetamunya.


Pagar berbatu mengantikan pagar "chain link"
 
Anak tangga ke balkon.

Kerusi batu dengan kawasan berbumbung

Thursday 30 July 2015

MUDAH, IDEAL DAN SELAMAT

HOMESTAY MAK NJANG, SUNGAI BAKAP sangat mudah dikunjungi. Dengan jarak kira-kira 100m sahaja dari Jalan Besar Sungai Bakap, ia menjadi lokasi penginapan PILIHAN tetamu yang mementingkan MASA & JARAK untuk ke PELBAGAI DESTINASI di PULAU PINANG dan sekitarnya.


Pandangan SIMPANG ke HOMESTAY dari Jalan Besar ke susur Jln Kg Gurun / Jln Haji Shafiee

Kerana kedudukannya yang strategik diantara perjalanan Utara & Selatan, HOMESTAY MAK NJANG menjadi TRANSIT PILIHAN untuk merehatkan badan dan mengembalikan kesegaran sebelum meneruskan perjalanan jauh.


Homestay kami juga sesuai untuk tetamu yang datang secara ROMBONGAN untuk berehat dan menyiapkan diri sebelum menghadiri MAJLIS PERTUNANGAN ataupun PERKAHWINAN.



JALAN MASUK - HOMESTAY Mak Njang mudah dilihat dari jalan utama 

Tiada masalah meletak kenderaan bagi pelanggan yang datang secara berkumpulan (ramai keluarga), kerana Homestay Mak Njang boleh memuatkan sehingga 5 buah kenderaan dalam kawasan berpagar pada satu-satu masa. Pelanggan dapat tidur nyenyak tanpa kerisauan tentang keselamatan harta dan kenderaan mereka.


Ruang PARKING EKSTRA boleh memuatkan sehingga 5 buah kereta.


Kawasan rumah BERPAGAR

Bahagian belakang rumah dengan kemudahan JEMURAN